Minggu, 29 Maret 2015

bismillahira Selamat Datang Di Blog Abu Samah Al Hafidz
Sitemap
bismillahira

Minggu, 22 Maret 2015

KOLEKSI DARI WHATSAPP 2015- Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari

Inspiring...Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Mutiara kata…..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.

Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.

Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.

Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

Sabtu, 21 Maret 2015

KOLEKSI DARI WHATSAPP 2015- Surat Cinta Tentang Sholat

"Surat Cinta Tentang Sholat "

��Bila engkau anggap sholat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya.

��Bila kau anggap sholat hanya sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..

��Anggaplah sholat itu pertemuan yang kau nanti dengan Robb-mu.

��Anggaplah sholat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah

��Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah

��Anggaplah sholat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.

��Bayangkan ketika "adzan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya.

��Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

��Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhan-Nya.

��Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".

��Bayangkan ketika kau "duduk di antara dua sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam apabila ada yang mengusikmu".

��Bayangkan ketika kau memberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...

Masya Allah sungguh nikmat sholat yg kita lakukan.

Tidak sia2 yg menyebarkannya,

Tidak rugi org yg membacanya,

Beruntunglah org yg mengamalkannya.

ILMU IMAN AMAL.

Kamis, 19 Maret 2015

KOLEKSI DARI WHATSAPP 2015- Wanita Ciptaan Allah Yang Terindah

::

Umat Terbaik meneliti diri sebagai asset ampuh yang merubah manusia membawa mereka ke syurga.

M E L I H A T
M A T A N Y A  Y A N G  C A N T I K

M E N C A R I
K U N C I  P I N T U  H A T I N Y A

M E R A I H  C I N T A
D I  M A N A  I A  B E R A D A

Ketika Allah swt menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Allah?"      

Allah swt menjawab:

"Sudahkah engkau melihat dengan teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?

Lihatlah! Dua tangannya mampu menjaga banyak anak. Pada masa yang sama juga punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan. Dan semua itu hanya dengan dua tangan."

Malaikat menjawab dengan takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah swt menjawab,

"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari?"

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"Ya Allah! Kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah swt menjawab,

"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan. Itu adalah airmata."
   
"Untuk apa?" Tanya malaikat.

Allah swt melanjutkan,

"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan.

Wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki. Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.

Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis ketika terharu. Bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya. Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan. Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.

Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia. Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian. Tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah swt berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
    
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah. Dia mampu mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan. Bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya. Akan tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya! Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilamana ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

     "CINTANYA TANPA SYARAT"

Allahuakbar!! Kepada semua wanita di sana dan di sini. Begitu istimewanya menjadi seorang Ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorang wanita yang solehah.

�� �� ��

TAHNIAH KEPADA SEMUA WANITA YANG MENJADIKAN AKHIRAT MATLAMAT HIDUP MEREKA.

A N D A L A H
W A N I T A  Y A N G
M E W A R N A I  D U N I A  I N I  ��

Pintu-pintu syurga melambai anda. Masuklah dari pintu mana yang anda kehendaki.

::

KOLEKSI DARI WHATSAPP 2015- Batasan Bergurau

GURAUAN PUNCA KAFIR

Takut2 kita ter'cakap'
Nie dr sumber 'usrah tv9'

INFO: BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU
SEBLUM CAKAP.

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah,
beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir).

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh
kafir)

5- Senyum la skit, muke masam je dah macam
malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)

6- Sedarlah skit yang selama nie kerajaan bagi
rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan
mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat
kan? Macam best je.. (jatuh kafir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh
kafir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah
negara kita ni.. (jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN,
MENAFIKAN sunnah
Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta"
-Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka
ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta
zikir - pesanan pada
semua dan diri sendiri.

Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk
anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain jga.
Bahaya nie...baru tau . Masya Allah !

Syirik kecil boleh jadi macam nie. Situasi:

1) Amira sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya,
Farhana berkata.
"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

2)Azlie bertanya kpd
Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb,
"Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan
amalan wajib lima waktu.

Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan?
sila copypaste laa n kongsi.
ilmu bukan utk dijual beli.
Sumber 'Usrah' tv9
Wallahuallam...-
Nauzubillahiminzalik...