Selasa, 16 April 2013

WANITA, BETAPA ALLAH SAYANG KAMU (4) ~ 40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM


40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 � thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

- sumber dari umar-alfarouk.blogspot.com

Minggu, 14 April 2013

WANITA, BETAPA ALLAH SAYANG KAMU (3) ~ 13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga


13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga

Dalam kehidupan seharian, ada banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita Islam, selain batas-batas pergaulan yang harus dijaga, ada perkara- perkara lain yang perlu di jaga olehwanita Islam..



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening � Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan � Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng�sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang � Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka � Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya � Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah � Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja � Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya � Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya � Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram � Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik � Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi � Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka � Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya � Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah � Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti � Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya � Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya � Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber: www.cahayaislam.net

Minggu, 31 Maret 2013

Hukum Dan Fatwa Menyambut �April Fool�s Day�


Hukum Dan Fatwa Menyambut �April Fool�s Day�

??????????????? ????? ?????????????? ?????????????????

?????????? ????? ????? ???????? ??????? ??? ?????????


Masyarakat kita umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Apabila orang kafir menyambut �Valentines Day� mereka pun nak sambut �Hari Valentine/Kekasih� juga! Bila orang kafir sambut �April Fool�s Day�, mereka pun ikut �fool� sama menyambut hari mengarut itu!.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah ? pernah bersabda: �Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu termasuk di dalam kalangan mereka.� (Hadis Riwayat Imam Abu Daud r.a., Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam as-Suyuti ).
Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain yang dikenali sebagai �April Fool�Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana pada hari ini ramai manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu Menipu dan Bergurau Melampaui Batas.
Tidak dinafikan bergurau dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya adalah tidak salah. Namun pada hari �April Fool� ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan keterlaluan malah ada yang hingga menjatuhkan maruah,  mendatangkan malu, keaiban, menimbulkan perasaan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu umat Islam hindari dan  titik beratkan  serta diberi perhatian.
.

Pendapat Para Ulama

Agama Islam amat melarang ummatnya melakukan perbuatan mengaibkan dan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu �April Fool� ini:

1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi .
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah menyatakan:�Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu tanda kemunafikan.�
Ini kerana Rasulullah ? bersabda: �Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.� (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah ? memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda ? bersabda: �Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.� (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai�e)
Rasulullah ? juga bersabda: �Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.�  (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani).
Sebahagian hadis Nabi ? turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.
Rasulullah?  bersabda: �Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.� (Hadis Riwayat Abu Daud) .
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana 4 sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan..
.

2)  Shaikh Atiyyah Saqr .

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan. .
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah �dharurat menjadikan yang haram harus� digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut. .
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah ? bersabda: �Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.� (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ummu Kalsum binti �Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, �Aku tidak pernah mendengar Rasulullah ? membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.�
Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan..
.
Haram Meraikan �April Fool� .
Rasulullah ? melarang kita menipu, Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita dapati bahawa budaya �April Fool� jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Amalan menipu ini turut melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu. Sewajarnya tradisi �April Fool� ini dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!
.
Umat Islam adalah diharam meraikan sambutan �April Fool� ini kerana ia jelas boleh menjatuhkan maruah, merendahkan martabat kemanusiaan dan menyesatkan akidah umatnya.
Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa Islam adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan. Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.
Islam adalah �Deen� atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Semoga Allah ?????? ?????? terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
.

????????????

.

Sabtu, 30 Maret 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
(gambar hanya hiasan)


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Rabu, 27 Maret 2013

DARJAT KUCING DI MATA RASULULLAH SAW


Darjat Kucing Di Mata Rasulullah SAW



Dengan Nama-Mu Yang Esa lagi Tinggi.
Selawat dan salam ke atas Kekasih-Mu serta ahli keluarga serta sahabatnya.
Sesuatu yang dapat dinafikan bahawa setiap individu memiliki hobi dan minat yang tersendiri dalam memenuhi ruang waktu mereka. Hobi dan minat tersebut sudah pasti bertindak sebagai penenang kepada jiwa. Baik, barangkali kenyataan saya hobi dan minat sebagai penenang ini berupaya mengundang tafsiran yang bervariasi dek kerana Islam menyediakan wahana ampuh dalam proses menenang jiwa iaitu dengan membaca serta bertadabbur (menghayati) al-quran,selain mendirikan ibadah-ibadah sunat dan juga melakukan perkara-perkara kebaikan sesama manusia. Tegasnya,ini adalah suatu medium yang tidak boleh disangkal (undeniable) lagi keampuhannya.
Setiap individu perlu ingat bahawa Allah swt menciptakan setiap makhluk-Nya samada makhluk hayy (makhluk yang hidup seperti manusia, binatang dan lain-lain) dan juga makhluk jaamid (makhluk yang beku iaitu tidak bernyawa seperti batu,kayu dan sebagainya) mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Maka disinilah menuntut manusia yang dikurniakan aqal untuk berfikir sambil merenung kehebatan ciptaan-ciptaan Allah swt yang melata di atas muka bumi ini.
Pastinya disebalik ciptaan-ciptaan tersebut bukannya satu tugas dan kerja sia-sia di sisi Allah swt.
Ini ditegaskan menerusi firman Allah swt yang bermaksud �Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.� (Ad-Dukhan: 38).
Maka daripada ayat-ayat dalam Surah Ad-Dukhan tadi sungguh sangat jelas bahawa segala sesuatu yang ada di muka bumi ini dan yang ada di langit serta apa yang ada di antara keduanya tidak ada yang sia-sia. Jadinya untuk siapakah semuanya itu? Untuk memahaminya kita juga boleh merujuk kepada firman Allah swt dalam ayat yang lain pula dengan maksud :
�Dialah yang telah menjadikan bumi terhampar buat kalian dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian, kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahuinya.� (Al-Baqarah: 22)
Dalam persoalan ini, adalah amat wajar kita merujuk kepada Ibnu Katsir t dalam Tafsir-nya (1/60) mengatakan: �Allah swt mengeluarkan bagi mereka (dengan air hujan tersebut) segala macam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang boleh kita saksikan sebagai rezeki buat mereka dan binatang-binatang ternak mereka sebagaimana yang telah disebutkan di banyak tempat di dalam Al Qur`an.�
Manakala pendapat yang lain turut juga dirujuk pandangan Asy-Syaikh As-Sa�di mengatakan di dalam tafsirnya (hal. 30): �Allah menciptakan segala apa yang ada di atas bumi buat kalian sebagai wujud kebaikan Allah swt bagi kalian dan rahmat-Nya agar kalian juga boleh mengambil manfaat darinya, bersenang-senang dan boleh menggali apa yang ada padanya.� Kemudian beliau mengatakan: �Dan Allah menciptakan semuanya agar manfaatnya kembali kepada kita.�
Tujuan penulis memberi tasawwur (pandangan) awal yang agak sedikit melebar daripada membincangkan langsung kepada topik kucing di sisi pandangan Rasulullah saw adalah bagi merungkai andai ada kekusutan yang berpendapat bahawa dengan membela haiwan jinak seperti kucing akan mengakibatkan banyak waktu-waktu yang sepatutnya dihabiskan itu terbuang dengan aktiviti-aktiviti yang tiada berfaedah seperti salah satunya memelihara kucing. Jadinya,adakah memelihara kucing itu membazirkan masa. Maka penulis ingin menyatakan Sabda Rasulullah Saw yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan Sunan At-tirmidzi � Nabi s.a.w. Sabda: �Kucing itu bukan najis, ia adalah binatang yg sering berdampingan dengan manusia.�
Sebagai manusia yang memerlukan belaian manja bukan sahaja daripada manusia malah juga haiwan peliharaan jinak seperti kucing dan sebagainya sudah pasti manusia akan meletakkan nama (tasmiyah) kepada haiwan peliharaannya,jika di kalangan masyarakat Melayu biasanya dinamakan Tompok,Danny,John,dan pelbagai lagi.
Justeru,tidak kurang juga Baginda Rasulullah SAW yang menamakan kucing kesayangan peliharaan Baginda dengan Muizza. Bukti sayangnya Baginda terhadap Muizza (kucing kesayangan) ialah pernah suatu ketika Baginda Rasulullah SAW ingin mengambil jubah,tetapi berkebetulan pada waktu Muizza sedang tidur nyenyak di atas lengan jubah Baginda. Maka,dengan senang hati Baginda memotong lengan jubah baginda untuk tidak menganggu Muizza yang sedang tidur. Betapa hebatnya pekerti kekasih Allah swt ini,dengan haiwan disantuni,dengan sahabat taulan disayangi malah musuh juga dikasihi.
Sebagai makhluk ciptaan Allah swt juga,Muizza iaitu kucing baginda itu memiliki hak untuk berterima kasih kepada tuannya ketika mana Baginda Rasulullah SAW kembali ke rumah, Muizza terbangun dan seolah-olah seperti menunduk hormat kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali.
Dalam situasi yang demikian, pada ketika mana Baginda Rasulullah SAW menerima kunjungan tetamu di rumahnya, Baginda SAW selalu menggendong Muizza dan diletakkan di pahanya. Kucing juga makhluk Allah swt yang barangkali punyai cara untuk menagongkan pencipta-Nya.Salah satu sifat Muizza yang Baginda tertarik dan menggemari ialah ia selalu mengiau ketika mendengar laungan azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Masyaallah, hebatnya, kucing pun sanggup berusaha untuk mengikuti laungan dan menjawab azan, apakah beratnya mulut kita selaku manusia yang dikurniakan pancaindera sebutan yang hebat fasih, sedangkan azan begitu sukar untuk dijawab,lebih malang lagi tidak dihormati.
Sehubungan dengan itu,kepada para sahabatnya, Baginda SAW sering berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan yang layaknya menyayangi keluarga sendiri. Oleh sebab itulah,hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.Mohon dihindari dan dijauhkan oleh Allah swt.
Perkara ini Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, �Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,� (HR. Bukhari).
Apalah sangat yang perlu kita gusarkan sedangkan Baginda Rasulullah SAW sendiri menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Tegasnya,dalam kehidupan setiap insan ini selain berkomunikasi sesama manusia , dengan alam sekeliling , maka tidak ketinggalan juga makhluk ciptaan Allah swt yang turut mewarnai ekosistem alam yang menampakkan lagi kehebatan dan keagongan Allah swt.Sekian,Wallahu�alam.

Sabtu, 23 Maret 2013

KISAH PERBUALAN ANTARA ALLAH DAN JIBRIL A.S.


Kisah Perbualan Antara Allah Dan Jibril A.S


Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: �Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.�

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. �Tidak� Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. �Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.� Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.�

Kemudian Jibril as berkata: �Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?�

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. �Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma�waa sebagai tempat tinggal��

Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma�waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

�Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?�

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. �Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan�. .�

MasyaAllah�.kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya�.

Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad�Nabi Akhir Zaman�.Nabi kesayangan kita�.. 

wallahualam�

petikan dari BLOG AMMAR