Jumat, 15 Februari 2013

15 Rahsia Kaabah di Mekah


15 Rahsia Kaabah di Mekah
http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_.gif
Kaabah di Mekah merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia dan menjadi tempat untuk umat Islam melakukan ibadah haji dan umrah.

15 Rahsia Kaabah di Mekah 
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.


Cara tunaikan tawaf di Kaabah Mekah.

1.        Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2.        Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3.        Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4.        Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5.        Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6.        Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7.        Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8.        Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9.        Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10.  Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11.  Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12.  Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13.  Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14.  Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15.  Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wallahualam�.

Sumber: Cari | Koleksi Informasi Menarik Melayukini.net



Kamis, 14 Februari 2013

KELEBIHAN SELAWAT NABI



? KELEBIHAN SELAWAT ?
Mari Amalkan

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku...

Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku pimpin tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. :
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telaga mu."

Berkata pula Israfil A.S. :
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah swt dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah swt mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata :
"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah saw?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W...

10 NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA


Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak.
Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78).
Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Muslim wajib beriman kepada malaikat.
 Nama dan tugas 10 Malaikat.
         Jibrail ( ???????/????? ) Menyampaikan wahyu Allah.
         Mikail ( ??????? ) Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
         Israfil ( ??????? ) Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
         Izrail ( ??????? ) Mencabut nyawa.
         Munkar ( ???? ) Menyoal mayat di dalam kubur
         Nakir ( ???? ) Menyoal mayat di dalam kubur
         Ridhwan ( ????? ) Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
         Malik ( ???? ) Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
         Raqib ( ???? ) Mencatat segala amalan baik manusia.
         Atid ( ???? ) Mencatat segala perlakuan buruk manusia.


Senin, 11 Februari 2013

WANITA, BETAPA ALLAH SAYANG KAMU (1)



Wahai Wanita, ketahuilah bahawa ,

?Di akhirat, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

?Ibunya
?Isterinya
?Anak Perempuannya
?Saudara Perempuannya

Manakala seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:

?Suaminya
?Ayahnya
?Anak lelakinya
?Saudara lelakinya

Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:

?Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
?Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
?Taat Kepada Si Suaminya
?Menjaga Kehormatan Dirinya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya
? ALLAH pada wanita.. ?



Jumat, 01 Februari 2013

4 NAMA DAN SEJARAH MAZHAB ISLAM


Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.
 Hanafi
Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgystan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafie dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2 empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah
 Maliki
Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.
 Syafi�i
Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Ayyubiyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.
 Hambali
Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.

SIFAT-SIFAT RASULULLAH MENURUT AL-QURAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ini, setelah pulang dari mengahdiri majlis Maulidurrasul yang diadakan di Masjid Kg Paya. Saya terpanggil untuk mengutarakan sifat-sifat nabi dalam BLOG saya ini.

Saya mulakan tulisan ini dengan menyampaikan dua buah hadith tentang kecintaan kepada Rasulullah saw. Pertama, hadis yang masyhur diriwayatkan dalam kitab-kitab ahli sunnah, di antaranya dalam Al-Targhib wal Takhib, sebuah kitab hadis yang sangat popular di antara kita. Kedua, hadis yang dikutip dari Bihar Al-Anwar, kitab hadis yang cukup besar dan menjadi rujukan mazhab Ahlul Bayt.

Hadis yang pertama menceritakan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbincang-bincang dengan para sahabatnya, seorang pemuda datang mendekati Rasul sambil berkata, �Ya Rasulullah, aku mencintaimu.� Lalu Rasulullah saw berkata: �Kalau begitu, bunuh bapakmu!� Pemuda itu pergi untuk melaksanakan perintah Nabi. Kemudian Nabi memanggilnya kembali seraya berkata, �Aku tidak diutuskan untuk menyuruh orang berbuat dosa.� Aku hanya ingin tahu, apa betul kamu mencintai aku dengan kecintaan yang sesungguhnya? �

Tidak lama selepas itu, pemuda ini jatuh sakit dan pengsan. Rasulullah saw datang menjenguknya. Namun pemuda itu masih dalam keadaan tidak sedar. Nabi berkata, �Nanti kalau anak muda ini bangun, beritahu aku.� Rasululah saw kemudian kembali ke tempatnya. Lewat tengah malam pemuda itu bangun. Yang pertama kali ia tanyakan ialah apakah Rasulullah saw telah berkunjung kepadanya. Diceritakanlah kepada pemuda itu bahawa Rasulullah saw bukan sahaja berkunjung, tapi beliau juga berpesan agar diberitahu jika pemuda itu bangun. Pemuda itu berkata, �Tidak, jangan beritahu Rasulullah saw. Bila Rasulullah harus pergi pada malam seperti ini, aku khuatir orang-orang Yahudi akan mengganggunya di perjalanan. �Segera setelah itu, pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pagi hari selepas solat subuh, Rasulullah saw diberitahu tentang kematian pemuda itu. Rasul datang melayat jenazah pemuda itu dan berdo�a dengan do�a yang pendek tetapi sangat menyentuh hati, �Ya Allah, sambutlah Thalhah di sisi-Mu, Thalhah tersenyum kepada-Mu dan Engkau tersenyum kepadanya.�

Dengan hal itu Nabi menggambarkan kepada kita, bahawa orang yang mencintainya akan didoakan oleh Nabi untuk berjumpa dengan Allah swt. Allah akan redha kepadanya dan dia redha kepada Allah, Radhiyyatan Mardhiyyah. Dia tersenyum melihat Allah dan Allah tersenyum melihatnya.

Hadis yang kedua mengisahkan seorang peniaga minyak goreng di Madinah. Setiap kali dia hendak pergi, termasuk pergi ke pasar, dia selalu melewati rumah Rasulullah saw. Dia selalu singgah di tempat itu sampai dia puas memandang wajah Rasul.Setelah itu ia pergi ke pasar. Suatu saatetelah melepaskan rindunya kepada Rasul, seperti biasanya dia pergi ke pasar. Tapi tidak berapa lama selepas itu, dia datang lagi. Nabi terkejut sehingga bertanya, �Kenapa kau balik lagi?� Dia menjawab, �Ya Rasulullah, setelah saya sampai di pasar hati saya gelisah. Saya ingin kembali lagi.Izinkan saya memandang Engkau sebentar saja untuk memuaskan kerinduan saya. �Kemudian Rasul berbincang-bincang dengan orang itu.

Tidak lama selepas itu Nabi tidak lagi melihat tukang minyak itu lewat di depan rumahnya. Berhari-hari orang itu tidak lagi kelihatan batang hidungnya di hadapan Rasulullah saw. Lalu Rasul mengajak sahabat-sahabatnya untuk menjenguk dia.Berangkatlah mereka ke pasaran dan mendapat khabar bahawa orang itu telah meninggal dunia. Rupanya pertemuan sampai dua kali waktu itu merupakan isyarat bahawa dia tidak boleh lagi memandang wajah Rasulullah saw.
Rasul bertanya kepada orang-orang di pasar, �Bagaimana akhlak orang itu?� Mereka berkata, �Orang itu peniaga yang sangat jujur. Cuma ada sedikit sahaja, orang ini senang perempuan. �Kemudian Rasul berkata,� Sekiranya orang itu dalam dagangnya agak lancung sedikit, Allah akan mengampuni dosanya kerana kecintaannya kepadaku. �Tetapi orang itu sangat jujur dan kecintaannya kepada Rasul dibuktikan dalam kejujurannya di dalam berniaga.

Dua hadis di atas menceritakan kepada kita tentang pentingnya mencintai Rasulullah saw. Sudah sering kita mendengar hadis yang berbunyi, �Belum beriman kamu sebelum aku lebih kamu cintai daripada dirimu, anak-anak kamu, dan seluruh umat manusia.�

Kalau kita buka ayat Al-Quran, ketika Allah berkisah tentang Rasulullah saw, tidak pernah diceritakan sifat-sifat jasmaniah Rasulullah saw. Al-Quran selalu menceritakan sifat-sifat rohaniah Rasulullah saw. Bercerita tentang akhlak Rasulullah saw, bukan penampilan fizikalnya.

Berbeza dengan para sahabat. Kalau sahabat bercerita tentang Rasulullah saw sering berupa penampilan fizikalnya. Misalnya diceritakan bahawa Rasul itu kalau ketawa sampai kelihatan gusinya. Atau diceritakan tentang titisan peluh Rasul. Siti Aisyah pernah terpesona dengan titisan peluh di dahi Rasul, sampai dia berkata: �Ya Rasulullah, ingin saya bacakan sebuah puisi kepada.� Lalu Siti Aisyah menuliskan puisinya dengan mengutip syair seorang Arab tentang titisan keringatnya. Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa Siti Aisyah hanya mencintai Rasulullah saw kerana jasmaninya.

Dalam satu ayat Al-Quran. Ada riwayat yang agak lucu tentang ayat ini. Katanya selepas Al-Quran terkumpul dan tertulis pada zaman Abu Bakar, seseorang berkata bahawa ada satu ayat yang hilang. Pada waktu itu, seseorang yang mengumpul-kan ayat mesti membawa saksi satu orang. Sehingga jumlah pengumpul ayat ada dua orang. Seseorang berbicara, �Ada yang terlewat, satu ayat belum masuk ke situ.� Dia hanya seorang diri, tidak mempunyai saksi. Namanya Khuzaimah bin Tsabit. Lalu orang-orang berkata, �Kesaksian Khuzaimah bin Tsabit dikira menjadi dua, kerana hanya dia yang mengetahui ayat Al-Quran ini.�

Lepas dari persoalan hadis ini sahih atau tidak, ayat itu bercerita tentang akhlak Rasullullah saw dan ayat itu sering menjadi wirid kita semua. Mungkin ini juga merupakan cara agar kita mampu memasukkan akhlak itu dalam kehidupan kita.Ayat itu berbunyi, �Laqad J�akum Ras�lum min anfusikum �� (Surah al-Taubah 128).Menurut Fakhrur Razi, kata anfusikum menurut qira�at nabi saw, qira�at Fatimah as, dan qira�at Aisyah dari Ibnu Abbas as harus dibaca Anfasikum. Dibacanya difathahkan bukan didhammahkan. Hal ini akan kita ceritakan kemudian.

Fakhrur Razi menjelaskan ada empat sifat Nabi yang tergambar dalam Surah At-Taubah ayat 128. 

Pertama, min anfusikum, dari kalangan sendiri. Nabi berasal dari sesama manusia seperti kamu. Nabi yang datang itu bukanlah Nabi yang datang sebagai makhluk ghaib, bukan pula Superman, tapi Nabi yang datang dari tengah-tengah manusia. Bahkan Nabi diperintahkan untuk berkata bahawa Nabi adalah manusia seperti kita semua, seperti dalam ayat �Qul innama ana basy�rum mitslukum �� (Surah Al-Kahfi 110) Nabi adalah manusia biasa. Kalau ia berjalan, ada bayang-bayang badannya. Kalau terkena panas matahari, berkeringat kulitnya.Kalau terkena anak panah, berdarah tubuhnya. Ia bukan manusia istimewa dari segi jasmaniahnya, ia pun merasakan lapar dan dahaga. Al-Qur�an menegaskan bahawa kehidupan Nabi itu sama seperti kehidupan manusia biasa. Nabi dapat merasakan kepedihan dan penderitaan seperti manusia biasa yang mendapatkan musibah.

Dalam qira�at Min Anfasikum, diterangkan bahawa kata Anfas mengandungi erti yang paling mulia. Jadi ayat ini bererti, �Sudah datang di antara kamu seorang Rasul yang paling mulia.� Ertinya Rasulullah diakui kemuliaannya, bahkan sebelum Rasul membawa ajaran Islam. Dia adalah orang yang paling baik di tengah-tengah masyarakatnya dilihat dari segi akhlaknya. Sebahagian orang ada yang menyebutkan bahawa Rasulullah berasal dari kabilah yang paling baik. Jadi sifat pertama nabi adalah yang paling mulia akhlaknya, sampai orang-orang di sekitarnya memberi gelar Al-Amin, orang yang dipercayai.

Sifat kedua Nabi ialah, berat hatinya melihat penderitaan umat manusia. Para ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan berat hati Nabi ialah kalau manusia menemui hal-hal yang tidak enak. Dalam riwayat yang lain, yang diertikan dengan berat hati Rasul ialah jika orang Islam berbuat dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa sampai sekarang Rasulullah masih dapat melihat perbuatan-perbuatan kita dan Rasul akan menderita jika melihat kita berbuat dosa. Kerana beliau sangat ingin supaya kita memperoleh petunjuk Allah. Bahkan Rasul sampai bersujud di hadapan Allah agar diizinkan untuk dapat memberi syafaat kepada umatnya.
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_27556.gif?614652214
 Jalaluddin Rumi bercerita dalam salah satu syairnya yang dibukukan dalam Al-Matsnawi tentang Rasulullah saw. Pada suatu hari di masjid, Rasul kedatangan serombongan kafir yang meminta untuk bertamu. Mereka berkata, �Kami ini datang dari jarak yang jauh, kami ingin bertamu kepada Engkau, Ya Rasulullah.� Lalu Rasul membawa para tetamu tersebut kepada para sahabatnya. Salah seorang kafir yang bertubuh besar seperti raksasa tertinggal di masjid, kerana tidak ada seorang sahabat pun yang mahu menerimanya. Dalam syair itu disebutkan, ia tertinggal di masjid seperti tertinggalnya ampas di dalam gelas. Mungkin para sahabat takut menjamu dia, kerana membayangkan harus menyediakan bekas yang sangat besar.

Lalu Rasul membawa dan menempatkannya di sebuah rumah. Dia diberi jamuan susu dengan mendatangkan tiga ekor kambing dan seluruh susu itu habis diminumnya. Dia juga menghabiskan makanan untuk lapan belas orang, sampai orang yang ditugaskan melayani dia jengkel. Akhirnya pegawai itu menguncinya di dalam. Tengah malam, orang kafir itu menderita sakit perut. Dia hendak membuka pintu tapi pintu itu terkunci. Ketika rasa sakit tidak tertahankan lagi, akhirnya orang itu mengeluarkan kotoran di rumah itu.

Setelah itu, ia merasa malu dan terhina. Seluruh perasaan bergolak dalam fikirannya.Dia menunggu sampai menjelang subuh dan berharap ada orang yang akan membuka pintu. Pada saat subuh dia mendengar pintu itu terbuka, segera saja dia lari keluar. Yang membuka pintu itu adalah Rasulullah saw.

Rasul tahu apa yang terjadi kepada orang kafir itu. Ketika Rasul membuka pintu itu, Rasul sengaja bersembunyi agar orang kafir itu tidak merasa malu untuk meninggalkan tempat tersebut.

Ketika orang kafir itu sudah pergi jauh, dia teringat bahawa azimatnya tertinggal di rumah itu. Jalaluddin Rumi berkata, �Kerasukan mengalahkan rasa malunya.Keinginan untuk mendapatkan barang yang berharga menghilangkan rasa malunya. �Akhirnya dia kembali ke rumah itu.

Sementara itu, seorang sahabat membawa tikar yang dikotori oleh orang kafir itu kepada Rasul, �Ya Rasulullah, lihat apa yang dilakukan oleh orang kafir itu!� Kemudian Rasul berkata, �Ambilkan wadah, biar aku bersihkan.� Para sahabat meloncat dan berkata, � ya Rasulullah, engkau adalah Sayyidul Anam. Tanpa engkau tidak akan diciptakan seluruh alam semesta ini. Biarlah kami yang membersihkan kotoran ini. Tidak layak tangan yang mulia seperti tangan membersihkan kotoran ini. �� Tidak, �kata Rasul,� ini adalah kehormatan bagiku. �Para sahabat berkata,� Wahai Nabi yang namanya dijadikan sumpah kehormatan oleh Allah, kami ini diciptakan untuk berkhidmat kepadamu. Kalau engkau melakukan ini, maka apalah ertinya kami ini. �

Begitu orang kafir itu datang ke tempat itu, dia melihat tangan Rasulullah saw yang mulia sedang membersihkan kotoran yang ditinggalkannya. Orang kafir tidak sanggup menahan emosinya. Ia memukul-mukul kepalanya sambil berkata, �Hai kepala yang tidak mempunyai pengetahuan.� Dia memukul-mukul dadanya sambil berkata, �Wahai hati yang tidak pernah memperoleh fail cahaya.� Dia bergetar ketakutan menahan rasa malu yang luar biasa. Kemudian Rasul menepuk bahunya menenangkan dia. Singkat cerita, orang kafir itu masuk Islam.

Boleh jadi cerita Jalaluddin Rumi ini adalah sebuah metafora. Suatu lambang bahawa kedatangan Rasul adalah untuk membersihkan kotoran dan noda-noda yang ada pada diri kita. Betapa banyaknya kaum muslimin menodai rumah Rasul dengan kemaksiatan dan akhlak yang buruk. Kita ini sama dengan orang kafir yang menaburkan kotoran di rumah Rasul yang suci. Bezanya ialah, kita percaya kerana kecintaan Nabi kepada kita, Rasul akan menghulurkan syafaatnya kepada kita.Derita kita adalah juga derita Rasul. Kerana itu, jangan ragu-ragu untuk datang meminta syafaatnya dan bersimpuh di hadapan Nabi sambil mengucapkan, �Y� Abal Qasim, Ya Rasulallah, Y� wajihan �indallah, Isyfa�lan� indallah.�

Terlalu banyak kotoran yang kita taburkan di rumah Nabi yang mulia. Seperti tertulis dalam sebuah puisi Iqbal. Ketika sakit keras, Iqbal pernah berdoa: �Ya Allah kalau Engkau adili aku di hari kiamat nanti, jangan dampingkan aku di samping Nabi Al-Musthafa. Kerana aku malu mengaku sebagai umatnya padahal hidupku bergelumang dalam dosa. �
Kita sebenarnya perlu malu seperti malunya orang kafir itu. Kita datang berziarah kepada Rasul di bulan Maulid ini dengan membawa seluruh kemaksiatan. Kita sudah banyak mengotori rumah Rasul yang mulia dengan akhlak yang tercela. Tapi kita percaya bahawa Nabi mendengar jeritan kita. Kita sedari kejelekan akhlak-akhlak kita dan kita malu bertemu dengan Rasul dengan membawa dosa. Tetapi kita percaya bahawa kita menantikan tepukan tangan Rasul untuk mententeramkan batin kita dan mengharapkan syafaatnya.

Sifat ketiga Rasullullah saw, ialah bahawa ia sangat ingin agar kaum muslimin memperoleh kebaikan. Ia ingin memberikan petunjuk kepada umatnya. Keinginan untuk memberikan petunjuk kepada kita begitu besar, sehingga Rasul bersedia memikul seluruh penderitaan dalam berdakwah.

Adapun sifat keempat Rasulullah saw, ialah bahawa ia sangat penyantun dan penyayang kepada kaum mukminin. Menurut para ahli tafsir, belum pernah Allah menghimpunkan dua nama-Nya sekaligus pada nama seorang Nabi, kecuali kepada Nabi Muhammad saw. Nama-nama yang dimaksudkan ialah nama Ra�fur Rah�m.
Ra�fur Rah�m itu adalah nama Allah. Nama itu pun dinisbahkan Allah kepada Rasulullah. Menurut sebahagian ulama, Ra�fun ertinya penyayang dan Rah�m ertinya pengasih. Jika kedua-dua kata itu digabungkan dalam satu tempat, maka ertinya berbeza. Menurut sebahagian ahli tafsir, nama itu bererti sifat Nabi yang penyayang tidak hanya kepada orang yang taat kepadanya, tapi juga penyayang kepada orang yang berbuat dosa. Nabi melihat amal kita setiap hari. Beliau berduka cita melihat amal-amal kita yang buruk.

Dalam riwayat yang lain, Rasul itu Ra�fun Liman R�ah, Rahimun Liman Lam yarah.Ertinya, Rasul itu penyayang kepada orang yang pernah berjumpa dengannya dan juga penyayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengannya. Suatu hari Rasul berkata, �Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan ikhwani.� Para sahabat bertanya, �Bukankah kami ini ikhw�nuka.� �Tidak,� jawab Rasul, �kalian ini sahabat-sahabatku. Saudara-saudaraku adalah orang yang tidak pernah berjumpa denganku, tapi membenarkanku dan beriman kepadaku. �Rasul sangat sayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengan Rasul tetapi beriman kepadanya.

Di dalam Tafsir al-Durrul Mantsur, diriwayatkan sebagai berikut, �Berbahagialah orang yang beriman kepadaku, padahal tidak pernah berjumpa denganku.� Rasul menye-butnya sampai tiga kali. Rasul juga sayang bukan hanya kepada orang Islam sahaja, tetapi juga kepada orang kafir.

Dalam hadis lain. Diriwayatkan bahawa ketika Rasul berdakwah di Thaif, Rasul dilempari batu sehingga tubuhnya berdarah. Kemudian Rasul berlindung di kebun Uthbah bin Rabi�ah. Rasul berdo�a dengan do�a yang sangat mengharukan.Rasul memanggil Allah dengan ucapan, �Wahai yang melindungi orang-orang yang tertindas, kepada siapa Engkau akan serahkan aku, kepada saudara jauh yang mengusir aku?� Kemudian datang malaikat Jibril dan berkata: �Ya Muhammad, ini Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu. Dan ini malaikat yang mengurus gunung-gunung, diperintah Allah untuk mematuhi semua perintahmu. Dan dia tidak akan melakukan apa-apa kecuali atas perintahmu. �Lalu malaikat dan gunung berkata kepada Nabi,� Allah memerintahkan aku untuk berkhidmat kepadamu. Jika engkau mahu, biarlah aku jatuhkan gunung itu kepada mereka. �Namun Nabi berucap,� Hai malaikat dan gunung, aku datang kepada mereka kerana aku berharap mudah-mudahan akan keluar dari keturunan mereka orang-orang yang mengucapkan kalimah Lailaha illallah. �Nabi tidak mau menurunkan azab kepada mereka. Nabi berharap kalau pun mereka tidak beriman, keturunan mereka nanti akan beriman.Kemudian berkata para malaikat dan gunung, �Engkau seperti disebut oleh Tuhanmu, sangat penyantun dan penyayang.�

Kasih sayangnya tidak terhad kepada umatnya. Perasaan cinta kita kepada Nabi tidak setanding dengan besarnya kecintaan Nabi kepada kita semua. Kecintaan Nabi terhadap orang-orang yang menderita begitu besar. Menurut Siti Aisyah, Nabi tidak makan selama tiga hari berturut-turut dalam keadaan kenyang. Ketika Aisyah bertanya apa sebabnya, Nabi menjawab, �Selama masih ada ahli shufah-orang-orang miskin yang kelaparan di sekitar masjid-saya tidak akan makan kenyang.� Dan itu tidak cukup hanya pada saat itu, Nabi juga memikirkan umatnya di kemudian hari.Beliau khuatir ada umatnya yang makan kenyang sementara tetangga di sekitarnya kelaparan.
Kerana itu, Nabi berpesan, �Tidak beriman kamu, jika kamu tidur dalam keadaan kenyang sementara tetanggamu kelaparan.� Nabi pun berkata, �Orang yang senang membantu melepaskan penderitaan orang lain, akan sentiasa mendapat bantuan Allah swt.� Empat sifat Rasulullah kepada umatnya, yang sangat luar biasa.
Marilah kita kenang kecintaan Rasulullah yang agung kepada kita dan bandingkanlah apa yang boleh membuktikan kecintaan kita kepadanya. Sekarang kita bertanya, sudah sejauh mana kita mengikuti sunnah Rasulullah saw? Bolehkah akhlak kita seperti akhlak Nabi sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Taubah 128? Bagai-mana kita dapat ikut merasakan penderitaan orang-orang di sekitar kita?Bagaimana kita menjadi orang yang berusaha agar orang-orang lain itu hidup bahagia dan memperoleh petunjuk Allah? Bagaimana kita menumbuh-kan sikap Ra�fur Rah�m di dalam diri kita seperti Rasulullah saw contohkan kepada kita?

Marilah kita sebarkan kecintaan kepada Rasulullah saw di dalam diri kita, keluarga kita, dan pada masyarakat di sekitar kita. Akhirul kalam, yang harus selalu kita ingatkan pada diri kita adalah misi Rasulullah yang paling utama, iaitu misi akhlak yang mulia. Tidak ada artinya menisbahkan diri kita kepada Rasulullah saw tanpa memelihara akhlak yang mulia. Hendaknya kita selalu malu untuk mengucapkan selawat kepada junjungan kita, sementara di belakang kita penuh dengan dosa dan maksiat. Kita telah mengotori rumah Rasulullah saw dengan akhlak buruk kita.

~ terima kasih AMMAR

Jumat, 25 Januari 2013

BENARKAH ASAL WANITA DARI TULANG RUSUK LELAKI?




Cerita-cerita yang dibaca melalui buku-buku atau didengar dalam majlis ceramah berkenaan kaum wanita atau perempuan ini, biasanya dikisahkan bahawa asal kejadian perempuan(Hawa) daripada tulang rusuk lalu sering dikaitkannya dengan sifat perempuan yang selalu�bengkok�, maka si suami hendaklah berhati-hati �membetulkannya� supaya �tidak patah�iaitu dalam memimpin dan mendidik seorang isteri agar berada di haluan yang betul.
Cerita-cerita tersebut kebanyakannya menggambarkan seolah-olah kaum perempuan adalah manusia kelas kedua; sedangkan sejak kedatangan Islam, telah diangkat darjat perempuan supaya terpelihara ke tahap yang sangat dimuliakan.
Adakah kisah asal-usul kejadian perempuan dari tulang rusuk ini benar? Mari kita baca artikel berkenaan kejadian asal perempuan ini yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya.
.
.
Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk
Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam AS. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah an-Nisa�. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)
 .
Firman Allah SWT:
??? ???????? ???????? ???????? ????????? ??????? ????????? ???? ??????? ????????? ???????? ??????? ????????? ??????? ????????? ???????? ???????? ?????????
�Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya � Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya � zuriat keturunan � lelaki dan perempuan yang ramai.� (Surah an-Nisa�: 1)
.
Kenyataannya ialah tidak ada satu pun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.
 .
Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa� ini: �Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.� ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)
 .
Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal-usul kejadian Hawa.
 .
Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.
 .
Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: �Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka.� (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)
 .
.
Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?
Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:
 .
1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.
 .
Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;
  1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
  2. Perempuan seperti tulang rusuk.
  3. Perempuan adalah tulang rusuk.
  .
.
2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir  menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.
 .
.
3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min ??
Walaupun perkataan min itu memberi erti �daripada�, �punca sesuatu perkara� atau�sebahagian�, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti �untuk menyatakan sebab� dan �menyatakan jenis sesuatu perkara�. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)
 .
Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:
?????? ????????? ???? ?????? ?????? ???? ???????????? ?????????? ???????????? ????????? ???????? ?????????? ????????? ?????????? ????? ??? ?????? ????????? ???????? ??????????????
�Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.� (Surah al-Rum: 21)
 .
??????? ????????????? ??????????? ?????? ?????? ???? ???????????? ?????????? ?????? ???????????? ?????????? ???????????? ????? ?????? ?????????? ?????? ?????? ?????????? ??????????
�Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.�(Surah al-Syura: 11)
 .
????????? ?????? ?????? ???? ???????????? ?????????? ???????? ?????? ???? ????????????? ??????? ?????????? ???????????? ???? ?????????????
�Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik.� (Surah al-Nahl: 72)
Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai �mereka itu dari jenis yang sama dengan kita�.
  .
?????? ????????? ??????? ???? ???????????? ??????? ???????? ??? ????????? ??????? ?????????? ???????????????? ??????? ???????
�Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman.� (Surah al-Taubah:128)
 .
?????? ????? ??????? ????? ?????????????? ???? ?????? ??????? ???????? ???? ???????????? ??????? ?????????? ????????? ?????????????? ??????????????? ?????????? ????????????? ?????? ??????? ???? ?????? ????? ??????? ???????
�Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata.�(Surah Ali Imran: 164.)
 .
Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.
Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.
?? ??? ????? ?? ????? ??? ???? ???? ???? ???: (?? ??? ???? ????? ?????? ????? ??? ???? ???? ???????? ??????? ????? ????? ???? ?? ???? ??? ???? ??? ?? ????? ?????? ??? ???? ????? ?????? ??? ????? ?? ??? ????? ???????? ??????? ???? 
�Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.� (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
.
?? ??? ?????: ?? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ???: ?????? ??????? ?? ?????? ??????.
�Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.� (Hadis riwayat al-Bukhari4889).
 .
Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.
?? ??? ?????. ???: ??? ???? ???? ??? ???? ???? ????: ?? ?????? ??????. ??? ???? ?????? ??????.
�Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.� (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)
 .
Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ? ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.
 .
Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:
???: ???????? ?? ??????? ???? ????? ??? ???? ???? ????: (???? ?????? ?????? .
Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: �Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.�
Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam.
 .
Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:
?? ?????? ??? , ???? ?? ???? ?? ?????? ??????
�Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya.� (al-Adab al-Mufrad, no: 747)
Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.
 .
.
Sokongan Kepada Penafsiran Ini
Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:
?? ??? ?????? ?? ??? ??? ???? ???: ?? ????? ??? ???? ???? ???? ??? ?? ???? ???? ???? ???? ??? ???? ?? ?????? ???? ????? ??? ???? ???? ????: (????? ?? ????? ???? ?????????). ??? ??? ?????: ???? ??????.
Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: �Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita.� (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.
 .
 .
Kesimpulan
Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.
Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua  kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!
.
Sumber:
Muhammad Hanief bin Awang Yahaya
darulkautsar.net.
.
????????????