Kamis, 20 Desember 2012

WASIAT RASULLULLAH SAW TERHADAPMU WAHAI KAUM HAWA




MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.

Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: �Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: �(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.�
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: �Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? �Baginda menjawab: �Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).�

Jabir (rawi hadis ini) berkata: �Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.� (Hadis riwayat Muslim)

Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya � sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.

Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: �Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.�

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: �Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?� Baginda menjawab: ��(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) � selain daripada kamu.�

Perempuan itu bertanya lagi katanya: �Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?� Baginda menjawab: �Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).�
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Dari Al-Hasan, bahawa �Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : �Birafa� Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)�. �Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : �Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian�. Para tamu bertanya :�Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?�. �Aqil menjelaskan : �Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka �Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w�.

(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa�i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).
Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :
�Barakallahu laka wa baraka �alaik, wa jama�a bainakuma fi khair�

Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : �Barakallahu laka wa baraka �alaik, wa jama�a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)�.

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).


Selasa, 18 Desember 2012

BILAKAH KITA AKAN MATI....?



Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.
Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. Klik Sini 
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini 


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

*

Jumat, 14 Desember 2012

SAKARATUL MAUT



Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.

Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
 
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.
 

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
 

Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.
 

�Allah humma haw win �alai na fii sakara til maut�.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, �Astagh firullah� atau �Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku�.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah �LA ILA HA ILLALLAH�.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut �LA ILA HA ILLALLAH� di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, �Sesiapa yang akhir ucapannya:
??? ?????? ?????? ?????? �Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah�, dia akan dapat masuk syurga�. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan �LA ILA HA ILLALLAH�, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.
 

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

�Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab�
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

�Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim �lai na bi su il hotimah�
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -
 Klik Sini 


Kepada Allah berserah.
 

Kamis, 13 Desember 2012

APABILA SEORANG HAMBA ALLAH JATUH SAKIT


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 Malaikat:
Malaikat Pertama akan mengambil selera makanan
Malaikat kedua akan mengambil rezeki
Malaikat Ketiga akan mengambil kecantikan wajah(muka pucat)
Malaikat Keempat akan mengambil dosanya

Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hambanya supaya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama,Kedua dan Ketigasupaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat supaya memberi balik dosa hamba tersebut. Lihatlah, betapa sayangnya Allah terhadap kita,tetapi kita tidak mengetahuinya.

Subhanallah!


MALAIKAT MAUT MENGINTAI MANUSIA 70 KALI SEHARI


Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 kali Sehari


Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan �menanti� saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.� (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: �
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: �Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.��

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah �pinjamkan� nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: �
Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.� (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian �menjemput� manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: �
Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.�

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: �
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

�Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. �
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.�

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.



Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

-DIPETIK DAN DISUNTING DARI ARTIKEL TERPILIH

Sabtu, 08 Desember 2012

MALAIKAT MU....


"Ditujukan Khas buat Anakanda ku, Ku Yie...."

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat" 


Kamis, 06 Desember 2012

QANAAH SEBAB KEBAHAGIAAN UMAT DAHULU

Keteguhan urat qanaah di dalam sanubari umat Islam di zaman purbakala, seketika agama Islam baru dikembangkan, itulah yang menyebabkan agama ini tersebar luas. Qanaah telah meresap ke urat darah mereka. Mereka berkorban dan berjuang ke medan peperangan dan bertempur, tiada mengenal takut dan gentar, untuk wujud yang hanya sebuah, iaitu supaya Kalimat Allah tetap tinggi dari segala-galanya. Untuk itu mereka pandang meurahlah harga harta benda, rumahtangga, anak dan isterinya, akhirnya murah juga badan dan jiwa, untuk membela kalimat Allah itu.

Baiklah di sini kita terangkan suatu contoh.

Tatkala negeri Mesir dikepung oleh bala tentera Islam di bawah pimpinan Amr bin Asy, ada sebuah bentang paling teguh, pusaka zaman Babylon. Raja negeri Mesir yang bernama Muqauqis telah mengirim seorang utusan kepada pahlawan Islam itu, membawa titah demikian bunyinya"

"Tuan-tuan telah masuk ke negeri kami, dengan sikap gagah perkasa tuan-tuan memerangi kami, sudah lama tuan-tuan berusaha mengerjakan pekerjaan yang demikian besar. Tidaklah, tuan-tuan ingat bahawanya tuan-tuan hanya mempunyai kebangsaan yang lemah, yang telah pernah di bawah pengaruh bangsa Rom? Kalau tuan-tuan teruskan juga pekerjaan ini, tuan-tuan akan jatuh kelak ke dalam tawanan kami. Maka sebelum terlanjur, lebih baik kita berunding. Utuslah ahli-ahli bicara supaya kami dengar pembicaraannya. Moga-moga dengan perundingan yang demikian, kita mendapat persetujuan, yang menyenangkan hati kami dan hati tuan-tuan. Kalau urusan ini kita lambatkan, takut kelak bal tentera Rom datang menyerang tuan-tuan, kerana negeri ini di bawah kekuasaannya. Pada ketika itu percuma penyesalan. Sebab itu, segeralah utus ahli runding itu supaya kita cari rembukan yang menyenangkan itu".

Muqauqis bertanya seketika utusan itu sampai:

"Bagaimanakah keadaan bala tentera Islam itu menurut pandangan kamu?"

Mereka menjawab:

"Kami lihat, adalah mereka suatu kaum yang lebih suka menghadapi maut daripada menghadapi hidup. Merendahkan diri lebih mereka sukai daripada mengangkat diri. Tidak ada yang terpedaya oleh dunia dan isinya. Duduk mereka semata-mata atas tanah, makan sambil bersila. Amirnya serupa saja dengan orang biasa, tidak dapat dikenal mana yang tinggi dan mana yang rendah pangkatnya, atau mana yang penghulu dan mana yang pengikut. Mula-mula mereka basuh tiap-tiap hujung anggota mereka dengan air, dan mereka berdiri sembahyang amat khusuknya.

Mendengar itu berkata Muqauqis:

"Demi Tuhan yang dijadikan untuk persumpahan, sesungguhnya kaum yang demikian itu, walaupun gunung yang akan menghambat maksudnya, akan diruntuhkan juga. Tidak ada bangsa yang sanggup berhadapan dengan kaum yang begitu".

Anjuran Muqauqis supaya dikirim ahli bicar adikabulkan Amr. Ubbadah bin Shamil diutus. Dia telah berkata di hadapan baginda, percakapan yang cukup mengandung qanaah.

"kami berjihad pada agama Allah dan tidak lain maksud kami hanyalah mencari keredhaan Allah. Bukanlah kami memerangi musuh lantaran untuk mencari harta dunia, bukan untuk peroleh kekayaan, meskipun harta rampasan itu telah dihalalkan Allah bai kami. Tidak ada di kalangan kami yang mementingkan harta, walaupun kami berharta emas sebesar gunung, atau tidak berwang sesen juga. Kerana tujuan kami dalam dunia ini, hanya sekadar mengambil sekenyang perut, siang dan malam. Kalau pun kami tidak ada harta selain itu, cukuplah itu bagi kami, dan kalau kami banyak harta benda, tidaklah kami teringat menyimpannya, tetapi memberikannya dengan segera kepada Jalan Allah. Kerana menurut keyakinan kami, nikmat dunia itu belumlah pantas disebut nikmat, kesenangan belum perlu disebut kesenangan, sebab nikmat dan kesenangan yang sejati adalah di akhirat. Pelajaran itulah yang diperintahkan Allah kepada kami, dan diajarkan oleh Nabi kami. Kami diperingatkan oleh baginda, supaya menghadapi dunia hanya sekadar untuk pengisi perut, menghindarkan lapar, penutup aurat. Pekerjaan serta kepentingan yang paling besar dari semuanya, telah menuntut keredhaan Allah dan memerangi musuh Tuhan".

Maka datanglah waktu solat. Ubbadah bin Shamit pun solat, kudanya terikat di dekatnya. Terlihatlah oleh beberapa orang bangsa Rom. Mereka datang ke tempatnya cukup dengan pakaian dan perhiasannya, hendak melihat upacara solat yang ganjil itu, lalu mereka olok-olokkan dan tertawakan. Selesai solat yang pertama dan dia menoleh, dikejarnya orang-orang yang mengolok-olokkan itu, sehingga lari berpencaran. Sambil lari mereka buka perhiasan-perhiasan yang lekat di badannya, mereka cicirkan di tanah sebab mereka sangka, dengan melihat batu-batu permata yang mahal berlingkar emas, Ubbadah akan berhenti mengejar. Tetapi Ubbadah masih tetap mengejar, sampai mereka lari ke dalam benteng dari sanalah mereka mencuba melemparinya dengan batu. Kerana tidak akan dapat bertemu lagi, Ubbadah pun kembalilah ke tempat solat tadi, dan sekali-kali tidak teringat olehnya hendakmemiliki barang-barang perhiasan yang sengaja dijatuhkan itu.

Demikianlah beberapa contoh, bagaimana pengaruh qanaah kemenangan kaum Muslimin tempo dahulu, keduniaan mereka pandang ranting kehidupan yang paling kecil, dan mereka besarkan usaha menuntut keredhaan Tuhan, menjalankan perintah Alllah dan Rasul. Dengan niat demikian, mereka berhasil mengalahkan bangsa-bangsa yang maju, menaklukkan kota-kota dan negeri yang besar.

Bertahun-tahun kemudian kaum Muslimin jatuh dan dikalahkan oleh musuhnya. Sebab semangat ini telah hilang dari jiwa. Himmah lemah, akhlak rosak, kemuliaan agama runtuh, kaum Muslimin jatuh ke bawah pengaruh bangsa dan peradaban asing, dilindungi dan dijaga, diperintah dan dijajah. Lahaula-wala quwwata illa billah!

Meskipun telah kita nyatakan bahawa Islam mengajak umatnya hidup dengan qanaah, sekali-kali tidaklah dia menyuruh malas, lalai dan lengah, tiada peduli akan keperluan dan kemestian hidup. Sebaliknya, Islam membawa pengikutnya mencari sukses dalam hidup, menyuruh umatnya maju, tampil ke muka perjuangan dengan gagah perkasa.

Dapatkah kekayaan diperoleh tak berusaha? Dapatkah ilmu dengan tak belajar? Dapatkah mencapai kemuliaan, kalau tak ditempuh jalannya? Padahal kapal tak dapat dilayarkan di daratan!

Ketika Maryam ibu Isa a.s. hendak melahirkan Nabi Utama itu, di tengah padang yang jauh, dia disuruh Tuhan berpegang kepada dahan pohon kurma, supaya runduk ke bawah dan mudah buahnya jatuh. Kalau Tuhan menyuruh qanaah dengan hanya menunggu, dan sekali lagi hanya menunggu, tidak dia pegang dan runduknya pelepah kurma itu tentu Maryam akan tinggal lapar dan haus selamanya.

Apakah yang disuruh Islam pada umatnya di dalam menyembah Tuhan? Bila datang seruan pada hari Jumaat, pergilah mengingat nama Allah (berjumaat) tinggalkan berjual beli.

"Bila sembahyang telah selesai, bertebaranlah di muka bumi, dan harapkan kurnia Allah. Ingatlah Allah banyak-banyak, supaya beroleh kemenangan".

Allah tiada menahan mereka, bila solat itu telah selesai, jangan bertekun juga dalam masjid. Tetapi pergilah, carilah penghidupan kembali, supaya cukup dan lengkap kewajipan yang harus dibayarkan. Cuma satu saja peringatanNya iaitu mengingat Dia jangan seketika solat sahaja. Walaupun penjual makanan telah memegang katian dan gantang, telah memegang ela dan hasta orang penjual kain, telah mempermainkan pena dan tinta orang kerja menulis, namun Tuhan jangan dilupakan. Solat yang berwaktu adalah upacara yang khusus. Tetapi di samping itu, adalah solat yang diperlukan, iaitu ingat akan Dia selalu, dan di mana saja. Itulah solat Daim.

Supaya kamu menang, supaya dapat jaya dalam hidup dunia dan akhirat!

"Berjalan dalam dataran bumi, makanlah rezeki yang telah dianugerahkan".

"Manusia tidak akan mendapat hasil, hanyalah dari usahanya, dan kelak segala usaha itu akan diperlihatkan".

Tiadakah senang hati tuan mendengar, bahawa seketika Rasulullah saw kembali dari peperangan Tabuk, dia bertemu dengan sahabatnya Mu'az. Ketika bersalaman, terasa olehnya telapak tangan Mu'az kesat. Rupanya lantaran banyak pekerjaan kasar. Lalu baginda bertanya apakah sebab tangan itu kesat. Dengan muka berseri sahabat utama itu menjawab:

"Saya membajak tanah, untuk nafkah ahli rumahku, ya junjungan".

Alangkah jernihnya muka Rasulullah mendengar jawapan sahabatnya itu, sehingga diciumnya keningnya, seraya berkata:

"Engkau tak akan disentuh api neraka, Mu'az".

Saidina Umar, bila melihat seorang anak muda yang sihat dan tegap badannya, senang sekali hatinya. Sebab pemuda-pemuda itu dapat dipergunakan untuk mempertahankan agama Allah. Tetapi Saidina Umar, setelah melihat anak muda itu, dengan segera bertanya:

"Adakah dia mempunyai pencarian?"

Kalau orang menjawab tidak, mukanya berubah sebentar itu juga terhadap anak muda itu.

Kata Ibnu Abbas:

"Datang suatu kaum kepada Rasulullah. Di hadapan baginda mereka memperkatakan bahawa ada pula segoolongan kawan mereka, tiap hari puasa, tiap malam sembahyang tahajjud, zikirnya banyak.

Mendengar itu Rasulullah bersabda:

"Adakah di antara tuan-tuan yang hadir ini yang mempunyai makanan cukup dan minuman yang cukup"

Mereka menjawab: "Mudah-mudahan kami semua adalah demikian"

Jawab Nabi: "Tuan-tuan ini lebih baik dari mereka itu".

Pernah pula diperkatakan, tentang seorang yang siang malam hanya tekun ibadat sehingga tidak ke mana-mana.

Lalu Nabi bertanya:

"Siapa yang menjamin makan minumnya?"

"Ada sudaranya", jawab sahabat-sahabat itu.

"Saudaranya itu lebih baik dari dia", kata baginda.

Untuk menjaga kesederhanaan, dan supaya hati tetap dalam ketenteramannya, jangan sampai tenggelam dalam gelombang dunia yang hebat, jangan sampai fikiran hanya kepada harta benda saja, itulah sebabnya disuruh qanaah iaitu sederhana. Rasulullah menutup pintu akan kepanjangan was-was dan keraguan hidup dengan sabdanya:

"Lebih baik segala yang diminta pada Allah itu bersifat iqtishad sederhana. Kerana rezeki yang telah ditentukan buat kamu, lebih mencari kamu daripada kamu mencari dia. Tetapi yang bukan buat kamu, walaupun kamu cari kemana, tidaklah akan kamu dapat, walaupun bagaimana giatmu".

Qanaah tidak berlawan dengan harta, selama harta itu belum menghilangkan ketenteraman hati, sebab qanaah ialah tangga ketenteraman hati. Selama harta itu masih diikat oleh niat yang suci iaitu untuk menyokong segala keperluan hidup, berhubung dengan sesama manusia dan ibadat, untuk bersedekah kepada fakir dan miskin. 

Dari itu, tidaklah bernama zahid lantaran tidak berharta. Siapa jua pun sanggup menjadi orang zuhud, menjadi sufi, bukan dihalangi oleh kenyataan harta. Orang yang zahid ialah orang yang tidak dipengaruhi harta; walaupun seluruh isi dunia ini dia yang punya.

Saidina Ali pemimpin dari segala umat Muhammad yang zahid pernah berkata:

"Walaupun seorang lelaki menyimpan sekalian harta benda yang ada di bumi ini, tetapi dengan niat hendak mengadap Allah, tidaklah Allah akan berpaling daripadanya".

Kata saidina Ali, dasar zuhud itu hanyalah satu, iaitu:

"Jangan terlalu gembira beroleh untung, jangan cemas beroleh rugi. Kalau ini telah dipegang, ubun-ubun zahid telah ada dalam tangan".

Qanaah tidak menghalangi menyimpan harta. Kerana banyak guna harta itu untuk mencapai maksud yang tinggi. Sejak membeli tikar sembahyang, membeli perbukaan puasa, membayar zakat dan fitrah, sampai kepada perongkosan naik haji, sampai kepada menolong yang patut ditolong, tidak akan tercapai kalau tak ada harta. Ada orang yang susah hati menyimpan harta, ada pula yang sebaliknya, susah hatinya tidak menyimpan. Kedua-duanya itu tidak terhalang, yang terhalang ialah kalau menyimpan atau menghindarkan harta itu menyebabkan lupa pada Tuhan, sebagai ada pula dalam kalangan orang yang fakir miskin. Kaya dan miskin sama-sama cubaan.

Ingat sajalah bahawasanya Rasulullah saw diutus kepada seluruh manusia. Macam-macam mata penghidupan manusia. Tidaklah disuruhnya orang yang berniaga meninggalkan perniagaan, orang memburuh meninggalkan perburuhan. Tetapi semuanya, diserunya supaya ingat akan Tuhan, supaya segala pencarian itu berdasarkan atas kesucian. Supaya segala mata penghidupan ini hanya dipandang sebagai kemestian bukan itu yang bernama hidup.

Agama Rasulullah saw terbuka pintunya untuk segala tingkatan dan darjat. Dia membolehkan orang menyimpan harta, barangkali akan jadi persiapan bagi ahli dan keluarga. Dia tidak memberati manusia lebih dari yang mereka kuasa. Diberinya manusia bertali panjang, dilepaskan ke mana manusia hendak terbang, dan bagaimana kesukaannya, namun tali tak boleh putus.

Ada sahabat-sahabatnya yang lantaran terlalu termakan pengajarannya mencuba memberati diri, antaranya ada yang hendak puasa tiap hari terus menerus, hendak sembahyang tahajud tiap malam, ada juga yang hendak meniru pendita lain agama, tidak hendak memulangi isterinya dan tidak hendak kahwin. Semuanya dilarangnya.

Itulah sebabnya umat Islam menjadi kaum yang sanggup mempermainkan pedang, sanggup naik kuda berlari kencang, tahan di hadapan musuh walaupun bagaimana kuatya. Ketika pengajaran ini dipakai oleh balatentera "Ikhwan" dari Raja Ibnu Sa'ud, dalam 20 tahun saja dapatlah mereka mengambil sebahagian besar tanah Arab. bagi mereka tiga butir buah kurma buat sehari, cukuplah. Pada hari ini, baik tentera-tentera yang maju sekalipun, bukan ini lagi dasar ketenteraannya, tetapi pada kebanyakan senjata. Bagaimana kalau dasar itu dipakai oleh tentera-tentera Isla, ditambah lagi dengan kekuatan persenjataan, tidaklah akan mengatasi dari segala-galanya?

Sahabat-sahabat nabi yang besar-besar, selain dari menjadi orang-orang yang soleh, dan menjadi kepala perang yang gagah berani pun mempunyai pencarian tetap di waktu damai. Amr bin Asy pemuka Mesir, seorang tukang potong haiwan. Zubair bin Awwam, Abu Bakar Siddiq, Utsman bin Affan, Thalhah bin Ubaidillah, Abdur Rahman bin Auf, semuanya saudagar-saudagar yang cerdik. Umar bin Khatta b menjadi perantara (petunjuk harga di antara penjual dan pembeli. Namanya sekarang salesman). Saad bin Abi Waqqas, bekas tukang pintal tali, Wahid bin Mughirah, bekas tukang besi. Demikian pula Abul Asy, Abu Sufyan bekas penjual minyak. Hakam bin Abil Ash tukang kebiri binatang, Asy bin Wail, dukun binatang (doktor haiwan).

Imam Abu Hanifah yang masyhur, sudagar sutera, Malik din Dinar seorang zahid yang masyhur, penjual kertas tulis. Muhallab nin Abi Shufrah seorang ahli membuat kebun. Qutainah bin Muslim seorang pahlawan perang yang mengalahkan negeri Ajam, saudagar unta. Uyainah menjadi guru, demikian juga Dhihak bin Muzahim. Banyak lagi yang lain.

Banyak pula di antara sahabat-sahabat Nabi dan Tabi'in yang datang di belakangnya, kaya raya menyimpan wang berjuta-juta. 

Tambahan

Agama Islam tidaklah menyukai perbezaan yang menyolok mata antara orang yang berpunya atau kaya dengan yang tak punya atau miskin. Islam juga tidak memungkiri adanya kelebihan akal setengah orang, dan kekurangan pada yang lain, sehingga berbeza setengah orang, dan kekurangan pada yang lain, sehingga berbeza kesanggupan menurut perbezaan akalnya. Imbangan antara kesanggupan dan keadilan sosial telah dipraktikkan di zaman Khalifah-khalifah yang terdahulu, terutama di zaman Amiril Mukminin Umar bin Khattab. Tetapi kemudian, setelah jabatan Khalifah tidak dengan pilihan umum, melainkan dijadikan hak keturunan, ertukar sistem pemerintahan Islam dari demokrasi yang berdasarkan taqwa, kepada absolute monarchy yang tidak terbatas. Waktu itu timbullah Feodalisme, dan timbullah yang kaya, kaya sangat, yang miskin, betul-betul miskin, sehingga dirinya sendiri pun, tidak lagi dia yang menguasai. Maka pada waktu itulah rakyat melarat diubatinya dengan fatwa, bahawa kehidupan dunia ini biarlah begini saja. Kezaliman raja adalah hukum Tuhan kerana kelalaian beragama. Agama ialah memutuskan hubungan dengan dunia kerana tak punya lagi memutuskan hubungan dengan dunia kerana tak punya lagi menebusnya. Sebab yang berharta, hanyalah orang-orang yang dekat dan punya hubungan keluarga dengan raja. Di waktu yang demikian keluarlah 'falsafah' yang indah-indah tentang membenci harta dan kekayaan, untuk pengubat hati orang yang melarat.

Masyarakat Isla yang sudah bobrok itu akhirnya jatuh. Negeri-negeri Islam yang telah lemah jiwanya itu, akhirnya dikuasai oleh bangsa Barat yang lebih maju. Sekarang timbullah kesedaran baru, dan timbullah faham dalam seluruh masyarakat bangsa-bangsa terhadap kehidupan yang telah rosak itu, yang menginginkan perubahan. Ada yang melalui revolusi dan ada juga yang menempuh jalan evolusi.

Perbaikan itu adalah mengenal seluruh kemanusiaan, tidak pilih agama atau bangsa. Tersebutlah perkataan 'keadilan sosial' dan 'sosial ekonomi'; keadilan pembahagian rezeki dan tanah. Kata-kata 'keadilan' lebih cepat dipakai daripada perkataan 'persamaan'. Dengan ini akan hilanglah perbezaan yang menyolok mata di antara yang kaya dengan yang miskin. Kalau masih ada yang kurang pendapatannya tidaklah akan dapat disesali lagi, kerana itulah soal kesanggupan, bukan soal sewenang-wenang yang berkuasa.

Meskipun perbaikan nasib manusia itu kelak tercapai, namun kontrol agama akan tetap ada pada setiap zaman. Bagi orang yang terlalu miskin ada kontrol dari agama, menyuruh sabar dan jangan putus asa. Terhadap yang terlalu kaya ada kontrol dari agama, supaya bersyukur kepada Tuhan dan memberikan pertolongan yang wajib kepada yang miskin. Kalau perbezaan menyolok mata itu tak ada lagi, masih ada kontrol dari agama, iaitu supaya semuanya bekerjasama menegakkan kasih sayang, amal dan ibadat, jasa yang tak putus, bagi masyarakatnya dan bagi keturunan yang akan ditinggalkannya.