Senin, 18 Maret 2013

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN WARNA


RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN WARNA

[BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA]



Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri..Maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan,dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam, kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."


Sabtu, 16 Maret 2013

ADAB MENDENGAR AZAN

SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............

Allahu Akbar!! 



ADAB MENDENGAR AZAN 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' 
sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 
'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' 

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, 
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya 
. Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? 

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya
 lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 
'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' 

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Kamis, 07 Maret 2013

ANTARA 9 MIMPI RASULULLAH


Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
 

1.       Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 
2.    Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 
3.    Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 
4.   Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 
5.    Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 
6.   Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku. 
7.   Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 
8.   Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya. 
9.   Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 


Petikan dari Blog Tok Wan

Selasa, 05 Maret 2013

TANGISAN RASULULLAH SAW DI PADANG MAHSYAR


Tangisan Rasulullah SAW Di Padang Mahsyar


??????????????? ????? ?????????????? ?????????????????

?????????? ????? ????? ???????? ??????? ??? ?????????


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ?dari Rasulullah ?telah bersabda : �Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah ?????? ?????? serta dibenarkan oleh para rasul.�

Ibnu Abbas r.a berkata: �Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad ?. Malaikat Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq.Malaikat Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. MalaikatIzrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.�
Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: �Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad ? ?�
Bumi akan berkata: �Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad ? .�
Rasulullah ? bersabda: �Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ?  ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.�
Malaikat Israfil bersuara: �Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!�
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah ? berdiri, Baginda ? telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda ?. Baginda ? melihat kanan dan kiri. Baginda ?  dapati, tiada lagi bangunan. Baginda ?  menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Malaikat Jibril as berkata kepadanya: �Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah ?????? ?????? di tempat yang luas.�
Baginda ?  bertanya, �Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?�
Malaikat Jibril a.s. menjawab: �Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah ?????? ??????.�
Baginda ?  bersabda: �Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!�
Malaikat Jibril as. berkata: �Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?�
Baginda ?  bersabda: �Bukan seperti itu pertanyaanku.�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?�
Baginda ? bersabda: �Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?�
Baginda ? bersabda: �Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.�
Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda ? : �Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad ?  dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!�
Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad ? . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: �Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah ?????? ??????? Sudahkah Allah ?????? ??????perintahkan kepadamu agar mentaatinya?�
Buraq berkata: �Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah ?????? ?????? akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.�
Baginda ?  bersabda kepada Buraq: �Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.�
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda ? menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad ? berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: �Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.�
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah ?????? ?????? berfirman: �Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.�
Malaikat Israfil a.s. menjerit: �Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.�
Allah ?????? ?????? berfirman: �Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!�
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah ?????? ??????, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkanjasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi ? duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad ?  merupakan satu umat (kumpulan). Nabi ? berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Malaikat Jibril as menyeru: �Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah ?????? ??????.�
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad ? berjumpa satu umat, baginda ? akan bertanya: �Di mana umatku?�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.�
Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: �Tempatmu!� Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.
Nabi Muhammad ?  berkata: �Mengapa kamu berdua menangis.�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?�
Nabi Muhammad bertanya: �Di mana umatku?�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.�
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad ?  menangis lalu bertanya: �Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?�

Malaikat Jibril a.s. berkata: �Lihatlah mereka wahai Muhammad ? !�
Apabila Nabi Muhammad ? melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda ? dengan apa yang telah Allah ?????? ?????? muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda ? . Baginda ?  juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad ? bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: �Wahai Muhammad!�
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad ?  bersabda: �Wahai umatku.� Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah ?????? ?????? seruan yang menyeru: �Di mana Jibril?�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.�
Allah ?????? ?????? berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: �Di mana umat Muhammad ? ?�
Malaikat Jibril a.s. berkata: �Mereka adalah sebaik umat.�
Allah ?????? ?????? berfirman: �Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad ? bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.�
Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: �Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah ?????? ??????.�
Nabi Muhammad ?  berpaling ke arah umatnya lalu berkata: �Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah ?????? ??????.�
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah ?????? ??????. Nabi Muhammad ?  memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah ?????? ??????.
Allah ?????? ?????? berfirman: �Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!�
Hamba-hamba Allah ?????? ?????? terdiam.
Allah ?????? ?????? berfirman: �Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!�
Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: �Wahai Malik! Allah ?????? ??????telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.�
Malaikat Malik bertanya: �Apakah hari ini?�
Malaikat Jibril menjawab: �Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.�
Malaikat Malik berkata: �Wahai Jibril! Adakah Allah ?????? ?????? telah mengumpulkan makhluk?�
Malaikat Jibril menjawab: �Ya!�
Malaikat Malik bertanya: �Di mana Muhammad dan umatnya?�
Malaikat Jibril berkata: �Di hadapan Allah ?????? ??????!�
Malaikat Malik bertanya lagi: �Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?�
Malaikat Jibril berkata: �Aku tidak tahu!�
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

.
????? ???? ???????
Wallahu A�lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

????????????

.
Petikan dari ; shafiqolbu