Senin, 14 Januari 2013

CARA-CARA MANDI WAJIB YANG BETUL




Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.
Jawapan;
Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina �Aisyah r.a sebagaimana berikut;
�Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya� (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;
1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Walahu a�lam.
Rujukan;
1. al-Majmu�, Imam an-Nawawi, 2/230.

Jumat, 11 Januari 2013

HIKMAH MEMBACA AL-QURAN



Dari Mu'adz Aljuhani radhiAllahu anhu. berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. bersabda, "Barang siapa membaca al Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka kedua orang tuanya akan di pakaikan mahkota pada hari kiamat, yang sinarnya lebih terang dari pada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di rumah-rumah kamu di dunia ini. Bagaimana menurut perkiraan kalian mengenai orang yang mengamalkannya sendiri?" (Hr. Ahmad dan Abu Dawud)

Dengan keberkahan membaca al Quran dan memgamalkan isinya, maka kedua orang tua si pembaca akan di pakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari jika matahari itu berada di dalam rumah.

Matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita. Maka pasti luar biasa terangnya. Sedangkan cahaya mahkota yang dipakaikan kepada orang tua si pembaca al Quran adalah lebih terang lagi.

Jika kedua orang tuanya saja sudah di berikan kemuliaan begitu banyak, maka pastilah si pembacanya itu sendiri akan mendapat pahala yang berlipat-lipat lagi banyaknya.

Kamis, 10 Januari 2013

ADAB HARI JUMAAT

ADAB HARI JUMAAT....

Sunat pada hari Jumaat itu membanyakkan membaca al Quran sayugianya bahawasanya menentukan pada hari Jumaat itu membaca Surah Al Kahfi kerana kelebihan membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat dan malamnya itu amat banyak.Dan setengah daripanya; Sesungguhnya telah meriwayatkan akan hadis Rasulullah SAW oleh Saidina Abdullah bin Abbas RA dan Saidina Abu Hurairah RA; Maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya diberi akan dia:
? Nur daripada tempat membaca akan dia hingga ke negeri Mekah
? dan diampun baginya dosa daripada satu Jumaat kepada Jumaat yang lain dan dilebih darinya tiga hari
? dan mengucap selawat yakni meminta ampun baginya oleh 70 000 malaikat hingga waktu Subuh 
? DAN DISEMBUHKAN AKAN DIA DARIPADA SEGALA PENYAKIT
? dan daripada penyakit 'dabilah' iaitu penyakit barah yang membengkak dan memecah di dalam perut
? dan disembuhkan daripada penyakit yang di dalam lambung
? dan daripada penyakit sopak
? dan penyakit kusta
? dan dilepaskan daripada fitnah ad Dajjal...

* Rujukan Hidayatus Salikin ( Syeikh Abus-Samad Al-Falimbani )
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

Rabu, 09 Januari 2013

GAMBARAN HARI KIAMAT


!!! Gambaran Hari Kiamat!!!


Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya �Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?� Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya �Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.� Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut �Ajbuz Zanbi� yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
?- Pemimpin yang adil.
?- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
?- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
?- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
?- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata �Aku takut pada Allah�.
?- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
?- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara �pergilah berjumpa dengan para Nabi�. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga �Arasy itu tiba dibumi.
�Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari �Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & �Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta�ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
?- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
?- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
?- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat� yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

? Sedekah/amal jariahnya.

? Doa anak�nya yang soleh.

? Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Salam ukhwah fillah..Sebarkan Cinta Sebarkan Doa....

Senin, 07 Januari 2013

WAKTU SOLAT


Rasulullah SAW bersabda, �Apa pendapat kalian jika di depan pintu salah seorang kalian terdapat sungai lalu ia mandi di dalamnya lima kali tiap hari, apakah masih tersisa kotoran padanya ?� para sahabat menjawab, �Tentu tidak akan ada sedikitpun kotoran padanya �. Beliau berkata, �Demikian pula dengan solat lima waktu, dengan solat itu , Allah menghapuskan dosa-dosa.
-HR. Bukhari dan Muslim-

Irama kehidupan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar selainnya, kadangkala melalaikan kita untuk beribadah kepada Allah, termasuk amalan ibadah Solat. Solat yang tidak memerlukan banyak pengorbanan berbentuk harta, tenaga dan waktu ini seakan menjadi amalan ibadah yang paling sering dan susah untuk diamalkan dengan baik, tentunya yang dimaksudkan di sini adalah Solat yang selalu terjaga waktunya, iaitu solat di awal waktu.
Abdullah bin Mas�ud radiyallahu �anhu berkata, �Saya bertanya kepada Rasulullah, �Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah ?� , Beliau bersabda, �Solat pada waktunya�, Saya bertanya, �Kemudian apa lagi ?�, Beliau bersabda, �Berbakti kepada kedua orang tua�, Saya bertanya lagi, �Kemudian apa lagi ?�, Beliau bersabda, �Berjihad (berjuang) di jalan Allah�. Saya berdiam diri dari Rasulullah. Seandainya saya meminta tambah, nescaya beliau akan menambahkannya.
HR.Bukhari-

Menerusi hadith ini kita dapat mengetahui bahawa terdapat beberapa amalan yang disukai Allah dan amalan Solat tepat pada waktunya adalah yang paling dicintai oleh Allah.
Solat fardu adalah Rukun Islam yang selalu kita kerjakan setiap hari, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya�.  Kadangkala kita rajin mengerjakannya, kadangkala kita lalai dan yang paling sering kita lakukan adalah menangguh nangguhkan waktu solat dek kerana kesibukan dunia dan cintakan dunia. Ketika membicarakan waktu solat kadang-kala kita menganggap ia sebagai perkara yang biasa sahaja. Namun ternyata waktu solat sangat berperanan dalam menentukan kualiti solat kita. Apakah solat kita baik atau tidak ?, apakah Istiqomah ? Apakah serius atau main-main ? atau lalai dalam waktu solat seperti yang dimaksudkan Allah dalam firmannya,
�Maka celakalah orang-orang yang solat, iaitu mereka yang lalai dalam solatnya�. Surah al-Maun ayat 4-5.

Dalam beberapa tafsir yang dimaksud lalai dalam solatnya adalah orang-orang yang melewatkan waktu-waktu sholat.

Rasulullah juga telah mengajarkan mengenai waktu-waktu solat.  Dari Abdillah bin �Amr bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda, �Waktu Zuhur adalah apabila tergelincir matahari dan bayangan seseorang sepanjang badannya, selama belum hadir waktu asar. Dan waktu asar selagi belum kuning matahari. Dan waktu Maghrib selagi belum hilang tanda merah. Dan waktu Isya hingga setengah malam  pertengahan. Waktu Subuh dari terbit fajar selagi belum terbit matahari�.
-HR. Muslim-

Rasulullah juga memberikan tuntunan waktu solat, jika tidak ada keuzuran, maka diutamakan solat pada awal waktu atau solat tepat pada waktunya. Solat tepat waktu adalah keutamaan, apalagi bila dilaksanakan secara berjemaah dan di masjid. Keutamaan ini akan berlipat kali ganda apabila kita mempersiapkan diri sebelum melaksanakannya dengan menunggu waktu solat sebelum azan berkumandang. Mengapa ?
  1. Menunggu waktu solat adalah bukti kecintaan seorang hamba pada Rabb-nya. Seorang yang mencintai selalu merindukan saat perjumpaan dengan yang dicintai. Dia akan menantikaannya agar tidak terlambat walau sedikit cuma.
  2. Menunggu waktu solat memberikan kesempatan untuk melakukan banyak kebaikan lainnya. Membaca Al Qur�an, berzikir, mendirikan sholat sunat, I�tikaf, menyiapkan tempat solat, menyelesaikan pekerjaan yang dilakukan dan amalan selainnya.
  3. Menunggu waktu solat mengelakkan kemungkinan berbuat maksiat.
  4. Menunggu waktu solat kita akan senantiasa menjaga kebersihan diri, hati dan fikiran kita.

Pada hakikatnya hidup kita persis perpindahan dari satu solat ke solat berikutnya. Sangat indah kehidupan kita apabila kita mampu mencipta paradigma dengan menjadikan seluruh aktiviti hidup kita seakan menunggu waktu solat. Seluruh aktiviti hidup kita pasti akan menjadi lebih berhat-hati dan diliputi dengan amalan-amalan kebaikan. Kesannya, seluruh aktiviti  hidup kita akan menjadi semakin berkualiti kerana dilandasi dengan mahabbatullah (cinta kepada Allah). Kita akan sentiasa menjaga seluruh aktiviti hidup kita agar selalu dijaga kebersihannya, niatnya, nilai zikirnya, nilai amar ma�ruf nahi munkarnya, nilai tawadu�nya, kerana semuanya dalam rangka menunggu waktu sholat, menunggu perjumpaan kita dengan yang kita cintai, Allah SWT.
Semoga kita diberikan kemudahan oleh Allah SWT dalam menjaga solat dan waktu-waktunya. Aamiin.


oleh : PMIUM

Adab Minum Rasulullah SAW


Adab Minum Rasulullah SAW

??? ???? ?????? ??????

????? ?? ??? ???? ??? ????
Rasulullah Sallallahu �Alaihi Wasalam telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik. Jika sebelum ini ana telah postkan Adab Makan Menurut Islam Dan Sunnah Rasulullah SAWdan kini tibalah pula Adab Dan Cara Minum Rasulullah SAW� yang  boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat bagi memudahkan kita menjalani ibadah kepada Allah Ya Rahim Ya Karim.!
 .
.

1.     Gunakan Tangan Kanan

Nabi Muhammad shallallahu �alaihi wa sallam (SAW) mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; �Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.� (HR Muslim)
Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam bersabda; �Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.� (HR. Muslim)
 .
.

 2.    Niat Kerana Allah SWT

Hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.� (Riwayat al-Bukhari).
.
.

 3.    Baca �Basmallah

Memulai minum dengan Basmalah: �Bismillahir-rahmanir-rahim� 
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Apabila seseorang di antara kamu minum dan memakan makanan, katakanlahBismillah�. Apabila lupa pada permulaannya, katakanlah �Bismillahi fii awwalihi wa aakhirihi.�� (HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
 .
.

4.    Membaca Doa

Doa minum air;

??????????? ?????? ?????????? ????????????? ???????????? ???? ???????????? ???????????

Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni  daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.
 .
.

5.    Minum Dengan Tiga Nafas

Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu �alaihi wa sallam bersabda, �Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.� (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan �Alhamdulillah� di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, �Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.� (HR. Muttafaq �alaih).
Anas bin Malik  r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: �Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan�. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu �anhu beliau mengatakan, �Ketika Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.� Dan Baginda SAW bersabda, �Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.� Anas mengatakan, �Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.� (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
 .
.

6.     Dilarang Meniup Minuman


Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin Ka�ab berkata: �Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.�

Dari Ibnu Abbas, �Sesungguhnya Nabi shallallahu �alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup bekas air minum.� (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)
Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, �Larangan bernafas dalam bekas air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dibimbangkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang terjatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.�
 .
.

7.     Hindari Menonggang

Rasulullah SAW telah mengajarkan adab meminum air dengan cara duduk, menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menonggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.
 .
.
.

8.   Minum Dalam Keadaan Duduk

Janganlah kita minum dalam keadaan berdiri walaupun ia dibolehkan tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Anas juga berkata:  �Rasulullah SAW telah melarang minum sambil berdiri�. (HR Muslim)
 .
Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
Adapun Rasulullah SAW pernah sekali minum sambil berdiri, oleh kerana ada sesuatu yang menghalangi Baginda SAW untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat hanya sekali kerana darurat!

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, �Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam. Maka Baginda SAW lantas minum dalam keadaan berdiri.�(HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
 .
.

9.     Larangan Minum Dalam Bekas Besar

Elakkan diri kita meminum dari bekas yang besar seperti teko dan cerek. Apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Sewaktu kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Ibnu Abbas menambahkan: �Rasulullah SAW telah melarang minum dari mulut teko�. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)

Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam bersabda, �Janganlah kamu minum sambil berdiri. Sesiapa terlupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.� (HR. Ahmad r.a.)
 .
.

 10.  Menutup makanan dan minuman

Tutuplah tempat minuman terutama pada malam hari. Rasulullah SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW:�Tutuplah makanan dan minuman�.  (HR. Bukhari r.a.)

Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, �Tutupilah bejana-bejana dan wadah air. Kerana dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabak, tidaklah ia melalui bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan akan turun padanya sesuatu penyakit.�(HR. Muslim r.a.)
 .
.

11.  Ucapkan Hamdalah, �Alhamdulillah

Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) dan setelah selesai minum bacalah �Alhamdullilah� tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.
 .
.

12.  Mencuci mulut (berkumur) selepas makan

Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu: �Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak�. (HR. Ibnu Majah)
 .
.
.
Wallahu A�lam bishowab

petikan dari  shafiqolbu