Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING .
Jangan makan DAGING bersama IKAN .
Jangan makan IKAN bersama SUSU .
Jangan makan AYAM bersama SUSU .
Jangan makan IKAN bersama TELUR .
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .
Jangan makan SUSU bersama CUKA .
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
(�`v��) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`�.�.��`�.��*��*�.��?`�.�.��.�*? CINTA ALLAH CINTA ABADI. ~ Z ~ ?
WANITA YANG MULIA

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.
Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....
8 Perkara Yang Boleh Di Lakukan Utk Menghilangkan "STRESS"
atau "TEKANAN FIKIRAN" menurut psikologi ISLAM..
1.PERBANYAKKAN ZIKIR
- Akn menenangkan HATI dan FIKIRAN
2.PERBANYAKKAN SOLAT
- Akn menguatkan KESABARAN dan KETAQWAAN
3.SELALU BERWUDHU'
- Akn Me-Rilexkan Tubuh dan Terasa Sihat
4.SELALU MEMOHON KEAMPUNAN
- Jiwa Akn Terasa Tenang dan Terasa DISAYANGI Di Sisi ALLAH
5.SELALU MEMBACA AL-QURAN
- Akan MENYEMBUHKAN Penyakit-Penyakit Hati Dan Menyihatkan Seluruh Organ Dalaman dan Terhindar Penyakit.
6.JADIKAN AKHIRAT MATLAMAT HIDUP.
- Tidak Akn Tercabar dengan Godaan Dunia dan Akn Sentiasa Tenang Fikiran Didalam Melakukan Sebarang Tugasan.
7.POSITIF DALAM BERFIKIR
- Membuat Fikiran Berbalik Pada FITRAH ALLAH dan Tidak Mudah Kecewa Jika Sesuatu Tidak Menjadi Kenyataan.
8.JANGAN BUANG MASA BERFIKIR MENGENAI STRESS DAN RASA TAKUT
- Amalan Berfikir Yg Bukan-Bukan Adalah Penyebab Utama Stress dan Menjauhkan Serta MEMALASKAN Kita Utk BERIBADAH.
6 KUNCI SYURGA
Ali R.A. berkata:
Sesiapa mengumpul enam perkara, bererti dia sudah berusaha meraih Syurga dan menjauhi neraka :
1- Mengetahui Allah SWT, kemudian mentaatiNya.
2- Mengetahui syaitan, kemudin menderhakainnya.
3- Mengetahui kebahagiaan Akhirat, lalu berusaha mencarinya.
4- Mengetahui dunia, kemudian meninggalkannya ( kecuali sebatas untuk bekal kembali ke Akhirat ).
5- Mengetahui yang Haq, lalu mengikutinya.
6- Mengetahui yang batil, lalu menjauhinya.
10 JENIS TANGISAN
Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik � pura-pura menangis.
�..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.� (AnNajm : 43)
: AIR MATA HAMBA ::

Pernah tak kita MENANGIS kerana :
~ Takutkan Allah?
~ Takut dengan api neraka Allah?
~ Dosa kita dengan Allah?
~ Menangis kerana rindukan syurga Allah?
~ Menangis rindukan kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W & Para Anbiya')?
~ Menangis takutkan azab kubur?
~ Menangis kerana melanggar perintah Allah?
Berapa kali setiap kali DOA kita menangis?
Berapa kali tiap kali SUJUD kita menangis?
Berapa kali kita bangun SOLAT SUNAT TAUBAT dan menangis?
Berapa kali kita menangis apabila BACA KISAH TENTANG API NERAKA?
Berapa kali kita menangis tiap kali BERZIKIR akan kebesaran Allah?
Dan berapa kali kita menangis KERANA Allah?
p/s: Menangislah, kadangkala manusia terlalu SOMBONG untuk menangis..lalu untuk apa AIR MATA DICIPTA, bukan hanya bahagia yang ada di dunia, air mata diciptakan bukan untuk dikeluarkan untuk sesuatu yang TIDAK BERMANFAAT, bukan untuk KEKASIH YANG TIDAK HALAL BUATMU tetapi hanya untuk Dia.. terima kasih Allah kerana menciptakan air mata ini..
? Sujud dan Menangislah Kerana Allah..?
9 SEBAB KENAPA HATI TIDAK BAHAGIA

Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.